Friday, December 16, 2011

Sedih + kecewa =___=

manusia tidak boleh lari daripada perasaan sedih. itu lumrah. Kadang-kadang perasaan itu hadir dengan sendirinya tanpa dipinta. Mungkin disebabkan kematian orang yang tercinta, kalah dalam satu pelawanan atau mungkin dibenci oleh orang sekeliling.

Sedih,pilu. Ketika itu kita perlukan seseorang untuk becerita, menghilangkan perasaan itu. Ada sesetengah orang akan menangis. Hanya menangis dapat menghilangkan perasaan itu. Biasanya perempuan lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki. Perempuan mempunyai satu naluri yang sangat lembut dan mudah tersentuh. Lelaki ni ego je lebih! itu fakta okay.




Jangan risau, masih ada orang yang menyayangi kita. Allah kan ada. mengadula pada Dia. Allah tak pernah tidur. Dia akan sentiasa mendengar rintihan hati kita.


Kalau saya sedih, say lagi prefer call my friends. Biasanya kawan baik saya. Bergelak ketawa la penawar segala luka di hati saya. Dulu, saya suka tengok bintang. Bintang ada banyakkan? bercahaya. Apabila saya tengok bintang, saya suka membuat andaian sendiri. "Aku tak pernah keseorangan sebenarnya, aku ada bintang. Semua bintang tu kawan aku."




serupa tapi tak sama

pernah tak rasa ada kembar? bukan semua orang dapat rezeki seperti itu. mungkin 1/10 orang saja dilahirkan dalam keadaan kembar. mesti best kan ada kakak or adik kembar. muka sama, perangai sama dan boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama.

Ada orang cakap, muka kita ada 7 klon?benarkah 'statement' ni? maknanya dalam dunia ni ada 7 orang yang mempunyai muka yang sama dengan kita.  Saya dah pernah jumpa muka seseorang yang look alike me. tapi takde la betul2 sama. ada iras-iras la.



Serupa tapi tak sama

nama dia marcella atau dipanggil kak cella. Semua orang tegur muka kami sama.  Cikgu juga berpendapat perkara yang sama. Dia merupakan senior saya di MRSM TGB.

Saya dah jumpa seorang, anda bila lagi?




Thursday, December 15, 2011

kanta lekap , trend atau keperluan?

Pemakaian kanta lekap atau lebih sinonimnya 'contact lens' semakin menjadi perkara biasa dalam kalangan remaja. Persoalannya, adakah mereka memakainya sebagai keperluan atau mengikut 'trend' masa kini. Statistik menunjukkan bahawa penggunaan kanta lekap hanyalah untuk tampak lebih menyerlah kerana kanta lekap boleh didapati dengan o.oo power.

mahu bergaya atau undang bahaya?

saya merupakan salah seorang pengguna kanta lekap. Bagi saya, penggunaan kanta lekap bertujuan untuk lebih berkeyakinan apabila berada di depan kalayak ramai. Tapi jangan salah faham.saya menggunakan kanta lekap sebagai keperluan kerana rabun jauh yang sangat tinggi , 400

Saya tidak suka memakai cermin mata ketika bertudung kerana sangat merimaskan. boleh membataskan aktiviti harian saya. Nasihat saya!Pengguna kanta lekap tidak boleh bersifat malas kerana lens hanya boleh disentuh apabila tangan anda bersih bagi mengelakkan dijangkiti bakteria.






Teman,kawan atau sahabat?

Dalam kita meniti pejalanan hidu,lazimnya kita dikaitkan dengan kawan. bukanla teman. mana ada..itu sahabat namanya. Mungkin bezanya cuma sebutan ataupun ejaan saja tapi sebenarnya teman kawan dan sahabat membawa maksud yang tersendiri

Teman dan kawan adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding kawan. Contohnya, "kawan makan kawan". Kita tidak menggunakan istilah temam makan teman. Istilah teman pula contohnya "teman belajar", "teman bermain" dan "teman ketawa".

Mereka la kawan , merekalah teman saya. Saya gembira dapat mengenali ahli batch KAIZEN.
mereka the best



 Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Contohnya, kisah sahabat nabi. kita tidak mengunakan istilah "kisah teman nabi". Apabila seseorang itu sanggup membersihkan tahi kucing di tempat tidur anda sendiri ketika anda menangis kerana tidak tahan dengan bau busuk itu, bagi saya itulah yang digelar sahabat. bukan setakat itu saja. Dia sanggup menemani saya ke mana-mana saja walaupun terpaksa berjalan jauh. Dia jugalah yang menceriakan saya ketika saya sedih. Dialah segala-galanya.Saya tidak pernah rasa bosan berkawan dengan dia.


Tak kenal maka tak cinta

orang selalu cakap "tak kenal maka tak cinta". Macam mana kita nak bercinta kalau tak kenal orang tu betul2. Tapi budak zaman sekarang salah faham. Bercinta dulu baru boleh kenal hati budi pasangan masing2.

First thing first, let me introduce myself first. Nama saya Siti Aishah bt Mohd Zahidi. Kawan-kawan panggil saya ecah. Saya bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terenganu (2007-2009) dan melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba (2010-2011).

Saya seorang yang kecil atau lebih tepatnya pendek. Saya tak cantik macam orang lain. Saya sangat menghargai satu persahabatan tapi seorang yang pelupa. Saya seorang yang mudah didekati tapi susah untuk berkenalan dengan orang baru. Saya ni susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaubagaimanapun saya sedang belajar untuk menerima perubahan kawasan. support me okay!

THIS IS ME =.=