manusia tidak boleh lari daripada perasaan sedih. itu lumrah. Kadang-kadang perasaan itu hadir dengan sendirinya tanpa dipinta. Mungkin disebabkan kematian orang yang tercinta, kalah dalam satu pelawanan atau mungkin dibenci oleh orang sekeliling.
Sedih,pilu. Ketika itu kita perlukan seseorang untuk becerita, menghilangkan perasaan itu. Ada sesetengah orang akan menangis. Hanya menangis dapat menghilangkan perasaan itu. Biasanya perempuan lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki. Perempuan mempunyai satu naluri yang sangat lembut dan mudah tersentuh. Lelaki ni ego je lebih! itu fakta okay.
Jangan risau, masih ada orang yang menyayangi kita. Allah kan ada. mengadula pada Dia. Allah tak pernah tidur. Dia akan sentiasa mendengar rintihan hati kita.
Kalau saya sedih, say lagi prefer call my friends. Biasanya kawan baik saya. Bergelak ketawa la penawar segala luka di hati saya. Dulu, saya suka tengok bintang. Bintang ada banyakkan? bercahaya. Apabila saya tengok bintang, saya suka membuat andaian sendiri. "Aku tak pernah keseorangan sebenarnya, aku ada bintang. Semua bintang tu kawan aku."

No comments:
Post a Comment