Thursday, December 15, 2011

kanta lekap , trend atau keperluan?

Pemakaian kanta lekap atau lebih sinonimnya 'contact lens' semakin menjadi perkara biasa dalam kalangan remaja. Persoalannya, adakah mereka memakainya sebagai keperluan atau mengikut 'trend' masa kini. Statistik menunjukkan bahawa penggunaan kanta lekap hanyalah untuk tampak lebih menyerlah kerana kanta lekap boleh didapati dengan o.oo power.

mahu bergaya atau undang bahaya?

saya merupakan salah seorang pengguna kanta lekap. Bagi saya, penggunaan kanta lekap bertujuan untuk lebih berkeyakinan apabila berada di depan kalayak ramai. Tapi jangan salah faham.saya menggunakan kanta lekap sebagai keperluan kerana rabun jauh yang sangat tinggi , 400

Saya tidak suka memakai cermin mata ketika bertudung kerana sangat merimaskan. boleh membataskan aktiviti harian saya. Nasihat saya!Pengguna kanta lekap tidak boleh bersifat malas kerana lens hanya boleh disentuh apabila tangan anda bersih bagi mengelakkan dijangkiti bakteria.






No comments:

Post a Comment