Thursday, December 15, 2011

Teman,kawan atau sahabat?

Dalam kita meniti pejalanan hidu,lazimnya kita dikaitkan dengan kawan. bukanla teman. mana ada..itu sahabat namanya. Mungkin bezanya cuma sebutan ataupun ejaan saja tapi sebenarnya teman kawan dan sahabat membawa maksud yang tersendiri

Teman dan kawan adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding kawan. Contohnya, "kawan makan kawan". Kita tidak menggunakan istilah temam makan teman. Istilah teman pula contohnya "teman belajar", "teman bermain" dan "teman ketawa".

Mereka la kawan , merekalah teman saya. Saya gembira dapat mengenali ahli batch KAIZEN.
mereka the best



 Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Contohnya, kisah sahabat nabi. kita tidak mengunakan istilah "kisah teman nabi". Apabila seseorang itu sanggup membersihkan tahi kucing di tempat tidur anda sendiri ketika anda menangis kerana tidak tahan dengan bau busuk itu, bagi saya itulah yang digelar sahabat. bukan setakat itu saja. Dia sanggup menemani saya ke mana-mana saja walaupun terpaksa berjalan jauh. Dia jugalah yang menceriakan saya ketika saya sedih. Dialah segala-galanya.Saya tidak pernah rasa bosan berkawan dengan dia.


No comments:

Post a Comment